Tanduk Badak Badak_sumbu

Sumbu badak.

Ciri-ciri yang paling menonjol bagi badak sumbu adalah tanduk besar atas hidung. Tanduk Badak Sumbu, tidak seperti tanduk mamalia lain, hanya terdiri dari keratin tanpa teras tulang, seperti tanduk lembu. Tanduk badak sumbu digunakan dalam perubatan tradisi Cina, dan sebagai hulu pisau di Yemen dan Oman.

Salah satu salah faham mengenai kegunaan tanduk badak sumbu dalam bentuk serbuk adalah kegunaannya sebagai perangsang dalam perubatan tradisi Cina. Ia sebenarnya diberikan bagi merawat demam dan sawan.[14] Perbincangan dengan tabib Cina bagi mengurangkan penggunaannya mendapat keputusan bercampur kerana sebahagian tabib Cina melihat tanduk badak sebagai ubat penyelamat nyawa berkualiti berbanding penggantinya.[15] Bagaimanapun, China telah menandatangani persefahaman CITES. Bagi menghalang pemburuan haram, disesetengah kawasan badak sumbu telah pun diberi ubat pelali dan tanduk mereka dibuang. Banyak Negeri julat badak sumbu memiliki simpanan tanduk badak sumbu, yang perlu diselia dengan teliti..[16]

Rujukan

WikiPedia: Badak_sumbu http://196.36.153.129/cms/african-rhino/irie.aspx http://www.savefoundation.org.au/ http://www.yesmag.bc.ca/Questions/rhino.html http://seahorse.fisheries.ubc.ca/pdfs/parryjones_a... http://www.rhinoresourcecenter.com/ http://www.rhinoresourcecenter.com/images/all/adde... http://www.rhinoresourcecenter.com/species/ http://www.sa-venues.com/wildlife/wildlife_rhino.h... http://www.springerlink.com/openurl.asp?genre=arti... http://www.therhinoguide.com/javan-rhinoceros.html